MISI & VISI

\"\"

VISI

“ Berperanan sebagai pusat Ibadah yang unggul dari segi Pengimarahan, Pembangunan  dan Permuafakatan Ke Arah Melahirkan Ummah Yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang”

  

MISI

  • Membangunkan keperibadian ummah berdasarkan akidah syariah dan akhlak Islamiah, institusi keluarga dan masjid.

  • Membentuk individu, keluarga dan masyarakat ke arah kesejahteraan ummah.

  • Melaksanakan pengurusan Masjid yang berkualiti bagi merialisasikan pernghayatan Islam sebagai Ad-Din melalui perlbagai aktiviti pengimarahan.

  • Membentuk sebuah masyarakat yang kuat pegangan iman agar terhindar dari gejala sosial.

  • Memupuk kefahaman dan kesedaran masyarakat ke arah pengamalan , permuafakatan dan penghayatan cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam.

  • Menyediakan segala kelengkapan untuk kemudahan beribadah, mewujudkan dan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti keilmuan kearah melahirkan masyarakat yang berketerampilan.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

 

MASJID NURUL ISLAM

SUNGAI ITAU

 

  • Kami bersedia menjadi pusat penyebaran ilmu dan dakwah serta menegakkan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar.
  • Kami menyediakan pengajian, kursus dan latihan untuk membina sahsiah individu, keluarga dan masyarakat.
  • Kami menggalakkan program-program yang berlandaskan syariat bagi mewujudkan persefahaman,permuafakatan dan muhibbah di kalangan masyarakat umum.
  • Kami bersedia menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan masjid .
  •  Kami bersedia menjadi pusat rujukan dan khidmat masyarakat.
  • Kami berusaha mengendalikan aktiviti rasmi keagamaan sempena hari kebesaran Islam serta menguruskan khairat kematian .
  • Kami sentiasa berusaha menerbitkan bahan-bahan edaran berkala bagi manafaat masyarakat.
  • Kami memberikan layanan saksama kepada semua permohonan untuk menggunakan kemudahan tempat dan peralatan yang ada di masjid mengikut peraturan yang ditetapkan.

 

 

 

This article comes from Masjid Nurul Islam Kampung Sungai Itau Langkawi
http://nurulislamsgitau.a-masjid.com

The URL for this story is:
http://nurulislamsgitau.a-masjid.com/modules/content/index.php?id=2