Masjid Nurul Islam Kampung Sungai Itau Langkawi
Welcome! Register now Login
image1
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

SISTEM A-QARYAH

SEJARAH MASJID

SEJARAH MASJID

 
Gambar di atas adalah masjid lama dan di bawah Masjid yang ada sekarang.
 
 
 
 
 
Tuan Imam Haji Ahmad Zaki bin Hj.Md Isa
Mula bertugas sebagai imam , Oktober  2018

Pada peringkat awal penduduk Ayer Hangat bersembahyang Jumaat di Masjid Ulu Melaka Lama.Terdapat catatan di Pejabat Tanah Langkawi bahawa tanah perkuburan Behor  Jerat iaitu tanah perkuburan tertua dekat Telaga Ayer Hangat diletak di bawah urusan Penghulu Masjid Ulu Melaka.

Masjid pertama di Ayer hangat telah didirikan di Kampung Bohor Merah.Masjid ini telah dibakar oleh orang-orang siam semasa mereka menyerang Kedah kira-kira dalam T.M. 1826, kemudian masjid ini dibina semula selepas beberapa bulan diatas tapak yang sama.   

Masjid kedua didirikan di Kampung Tua,Padang Lalang.Imam-imam yang pernah bertugas di Masjid berkenaan ialah Lebai Man Janggut ,Lebai Bakar ,Lebai Md Arshad dan Haji Yahya.

Memandang kepada Kampung Bohor Merah berada di tengah-tengah kariah iaitu dari Kampung Kilim hingga ke Kampung Pasir Hitam masjid ketiga iaitu sebelum perang jepun telah dibina di Kampung Bohor Merah berhampiran Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad,Ayer Hangat.Masjid ini merupakan bangunan kayu dan beratapkan zink.Sebelum berturap simen Jemaah bersembahyang di atas lantai tanah merah.

Dibelakang masjid ini terdapat sebuah balai lintang setinggi 3 kaki dari tanah, merupakan tempat menyimpan gendang raya dan tempat jamuan.Imam-imam yang bertugas pula adalah Lebai Husin , Haji Nayan Bin Sulaiman dan Haji Abu Bin Mat.Penghulu Masjid ialah Kasa bin Had dan diikuti oleh Haji Musib bin Abdul Manah.Bilalnya Hj Shaari bin Husin dan Lebai Nayan. Manakala siaknya pula ialah Haji Gon bin Mat dan Lebai Sallah bin Mat.

Dalam tahun 1970 kariah Ayer Hangat itu yang terdiri dari Kampung Pasir Hitam,Kampung Padang Lalang ,Kampung Bohor Merah ,Kampung Ayer Hangat, Kampung Sungai Itau dan Kilim dipecah oleh Majlis Agama Islam menjadi dua kariah.Bagi kampung Pasir Hitam,Padang Lalang dan Bohor Merah dikenali dengan kariah Padang Lalang dan bagi kampung-kampung Ayer Hangat,Sungai Itau dan Kilim dinamakan kariah Sungai Itau.

Selepas berpecah penduduk kariah Sungai Itau terpaksa bersembahyang di Madrasah Sungai Itau kerana ketika itu belum ada masjid.Masjid Sungai Itau dibina dalam tahun 1975 dan pada tahun 1976 barulah sembahyang jumaat dan Jemaah dapat didirikan di masjid sungai itau.Bangunan masjid ini berukuran 30x30 kaki berharga RM35 000 termasuk RM5000 sumbangan Pejabat Zakat Kedah.

Kerana masjid ini agak sempit kerja-kerja meluaskannya terpaksa dibuat mengikut kemampuan anak-anak kariah juga sedikit sebanyak bantuan kerajaan.Termasuk bilik pejabat iaitu sumbangan Yang Mulia Tengku Hosna salah seorang kerabat diraja Kedah.Tanah tapak masjid ini adalah tanah wakaf oleh Tuan Hj Saad bin Dahakim dan Encik Abdul Rahman bin Nyak Itam.

Dalam tahun 1991 bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1412,Masjid ini telah dianugerahkan Tempat Pertama Masjid terbaik di negeri Kedah kerana kebersihan dan kegiatan mengimarahkan masjid.Hadiah dimenangi termasuk sumbangan RM5000.00.

Imam pertama bagi masjid ini ialah Haji Munsib bin Ab Manah,1970 hingga 1987 manakala imam kedua ialah ustaz Hj Md Isa bin Long ( 1988-2018).Bilalnya Tuan Haji Yahaya bin Itam dan Tuan Haji Ismail bin Din.Manakala siaknya pula ialah Encik Yahya bin Rahim,Encik Ahmad bin Md Noor dan Encik Hasan bin Long.Sekarang masjid ini menjadi masjid contoh di Langkawi.

 Pada tanggal 16 Oktober 2018,perlantikan Imam yang ketiga telah dibuat, setelah kembalinya Tn.Hj.Md Isa Long ke Rahmatullah pada 28 Januari 2018.

Imam ketiga telah diambil alih oleh anaknya iaitu Tn.Hj Ahmad Zaki b.Hj.Md Isa. Berumur 43 tahun. Bilal yang bertugas ialah Us.Nor Azhar b.Ab Manan dan En.Amir Hamzah b.Sheikh Ali. Siak Tn.Hj busu b.Ahmad dan En.Abu Bakar b.Hashim oleh kerana kedua-duanya sudah uzur,bagi melancarkan tugasan siak maka dilantik pemangku siak En.Areh b.Ahmad dan Rahmat b.Hasbi.

Beliau telah melakukan beberapa perubahan mengikut keadaan semasa.Di antara perubahan yang berlaku terhadap masjid Sg.Itau ialah, mengecat kembali bangunan Masjid,dengan mendapat peruntukan daripada pihak Lada, projek mengecat ini bermula awal bulan jun 2018.

Selain daripada itu,di antara projek-projek yang dijalankan ialah menaik taraf siling masjid kepada siling kapur dan menukarkan karpet lama kepada karpet yang baharu serta menghias perhiasan dalaman masjid. Projek ini bermula pada bulan oktober hinggalah akhir bulan November 2018.

Hasil daripada sumbangan daripada pihak-pihak tertentu,serta kutipan dana wakaf daripada anak-anak kariah telah berjaya melancarkan lagi perjalanan projek ini hingga selesai dengan jayanya.

Bagi memantapkan lagi kefahaman ilmu agama terhadap anak-anak kariah pelbagai bentuk program,kuliah kursus telah dirancang bagi menyemarakkan lagi rasa cinta kepada ilmu.

 Alhamdulillah ,pada bulan September 2018 baru-baru ini masjid telah mendapat anugerah E-Masjid pemenang untuk kategori bulanan, iaitu bulan Feb 2018 , dengan mendapat wang tunai sebanyak RM500.Sempena pertandingan E-Masjid dan Karnival Asyura anjuran MCMC dengan kerjasama LADA.

Semoga Masjid Nurul Islam Sg,Itau akan dapat terus berdiri kukuh,memberikan khidmat bakti untuk anak-anak kariah Sg.Itau. diharapkan juga kegemilangan yang telah dicipta oleh orang-orang terhadulu akan terus menyinar mengikut arus perkembangan dunia hari ini.

 

 SENARAI IMAM-IMAM MASJID

 

 

 

IMAM PERTAMA

 

1970-1987

( 17 TAHUN )

 

TN.HJ MUNSIB B. AB.MANAH

 

 

 

IMAM KEDUA



1988-2018

(30 TAHUN)

28/Jan/2018






TN.HJ.MD ISA B.LONG

 

 

 


IMAM KETIGA



2018-

Oktober 2018






TN.HJ AHMAD ZAKI BIN HJ.MD ISA

 

 
 

 

 
Search
TINGGALKAN PESANAN
Who is Online
5 user(s) are online (1 user(s) are browsing Content)

Members: 0
Guests: 5

more...